Tiny Star

Monday, May 12, 2014

NAMA-NAMA SYAITAN dan TUGASANNYA


بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk entry kali ni
akan dinyatakan 16 nama2 syaitan
dan tugasan yand di lakukan oleh mereka
dibumi ini untuk menyesatkan
umat manusia..


...check it out...

1. ZALITUN
tugasnya, menyuruh manusia boros berbelanja
tanpa had. hanya ingat pada makan dan makanan.

2.WATIN
tugasnya, mendekati orang yang ditimpa
musibah agar dia bersangka buruk kepada
Allah SWT.

3. A'AWAR
tugasnya, menggoda raja dan orang besar agar zalim,
rasa takbur dengan jawatan, membiar rakyat tanpa dibela
dan tidak mendengar nasihat ulama.
menghias perempuan agar lelaki tergoda dan
menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4.HAFFAF
tugasnya mengajak manusia membuat maksiat,
suka meminum khamar dan berfoya-foya

5. MURRAH
tugasnya, mendekati ahli musik agar selalu lalai dan leka,
dan meletakkan pula para pengikut mereka.
juga menggangu ahli-ahli ibadah
semasa berwuduk agar membazir banyak air.

6.MASUD
tugasnya, menyuruh manusia agar
suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan
berdendam sesama manusia.

7.DASIM
tugasnya, memecahbelahkan rumah tangga.
suami isteri selalu bergaduh dan bercerai.
menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya,
dan menampakkan cela pada adik beradik
agar bergaduh sesama mereka.

8.WALAHAN
menimbulkan rasa was-was ketika beribadah.

9.LAKHUS
tugasnya, mengajak manusia supaya menyembah
selain daripada allah.

10.SABRUM
tugasnya, mengajak manusia ke jalan yang jahat,
tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. MISWAT / MASWAT
tugasnya, mempercepatkan manusia melakukan maksiat
dan suka akan semua perkara-perkara maksiat,
melengah-lengahkan berbuat ibadah.
ia juga gemar membawa gossip dan berita liar.

12.ZAKTABU / ZAKNABUR / ZALANBUR
tugasnya, menimbulkan rasa ujub dan takbur
dengan setiap kebolehannya.

13.KHINZAB
tugasnya, menggangu orang yang beribadah,
khasnya, solat. membuatkan
manusia berasa was-was dalam solatnya dan
meruntuhkan keyakinan terhada agama islam yang di anutinya.

14. LAQNIS
menggangu orang yg bersuci dan berwuduk
sehinggakan menjadi ragu dan tidak sempurna.

15. ABYADH
jenis syaitan yang paling berat godaan nya,
paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah
menggoda rasul yang diutuskan bagi umat manusia.

16. KHANNAS
tugasnya, menimbulkan perasaan was-was tentang kewujudan Allah,
perkara perkara sam'iyat dan mealaikan hati manusia
dari mengingati tuhannya sepanjang masa.
nauzubillah himinzalik
mintak-mintak dilindungi Allah
dari syaitan-syaitan berikut..


السلام عليكم

No comments:

Post a Comment